Perayaan Aidilfitri: Sikap Pemandu Penentu Keselamatan Jalan Raya
Cuaca, keadaan jalan, kenderaan dan sikap pemandu memainkan peranan penting dalam keselamatan jalan raya. Namun, berdasarkan laporan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari sikap pemandu. Mengantuk, keletihan, pemanduan agresif, cuai dan leka, merupakan antara faktor-faktor terjadinya kemalangan jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Selamat ke 22 sempena sambutan perayaan Aidilfitri tahun 2024.